(Foto ihsan pembaca)
REMBAU – Seorang mekanik maut selepas terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 232.1 Utara- Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Pedas tengah malam Rabu.
Nahas jam 12.20 tengah malam yang membabitkan lima kenderaan juga menyebabkan empat lagi mangsa cedera.