MEGA merupakan salah satu nama yang popular dalam penawaran perkhidmatan memfokuskan kepada storan dan perkongsian fail. Selepas beroperasi sekian lama, kini MEGA turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan sampingan dibawah mereka, dinamakan Transfer.it.
Transfer.it hadir dengan ciri asas untuk memuat-naik dan berkongsi dengan pengguna lain dengan mudah. Membezakannya dengan perkhidmatan MEGA ialah ia tidak menyertakan sokongan penyulitan penuh, dan disasarkan untuk perkongsian fail-fail dengan mudah dan pantas.