Tular menerusi sebuah media di Indonesia di laman Facebook yang mendakwa pemain warisan baru negara, Hector Hevel, memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya adalah kerana sebuah kelab dalam Liga Super 2024/25 berbanding daripada hatinya sendiri.
Untuk rekod, Hevel melakukan debut pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menentang Nepal dengan dia menjaringkan gol pembukaan untuk memacu Malaysia menang 3-0 dalam perlawanan pusingan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027.