Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan MH, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.