KUALA LUMPUR – Beberapa pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar seawal 6.30 pagi bagi membuat liputan pemergian negarawan itu.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa orang kenamaan dilihat memasuki pekarangan rumah Perdana Menteri kelima berkenaan.