KUALA KANGSAR – Pesta Pelita Panjut anjuran McDonald’s Malaysia bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu berjaya menyemarakkan semangat tradisi Malam Tujuh Likur sekali gus mengeratkan hubungan kemasyarakatan dengan komuniti setempat.
Acara tersebut dilaksanakan bersempena penutup Program Kongsi Rezeki Ramadan dengan menyerlahkan keunikan tradisi masyarakat tempatan dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan melalui binaan pelita panjut gergasi yang bertemakan seni bina Alam Melayu dan Islam.