SHAH ALAM – Kerajaan digesa segera melaksanakan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) bagi menyeragamkan bayaran dan mengawal kos perubatan swasta yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans kesihatan.
Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low berkata, pelaksanaan sistem ini akan membantu mengurangkan beban yang ditanggung pemegang polisi insurans.