SHAH ALAM – MCA menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat secara menyeluruh tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, ia bagi membolehkan siasatan dibuat secara telus dan terbuka, susulan pengumuman tiada tindakan lanjut (NFA) oleh pihak berkuasa hasil siasatan ke atas kejadian itu baru-baru ini.