SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan 24 notis kompaun dan menyita peralatan perniagaan di tiga premis dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sini, pada Selasa.
Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya berkata, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan melakukan beberapa kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen.