IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan bahawa pihaknya menanam anjing secara hidup-hidup di Pusat Paun Haiwan, Lahat seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI, Ahmad Zaiyadi Sudin berkata, kesemua anjing terbiar yang dikaitkan dalam video berkenaan telah melalui proses ‘Put to Sleep’ (PTS) secara berperikemanusiaan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang sedia ada.