KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melaksanakan pembersihan sungai di kawasan Royal Selangor Yacht Club susulan rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai keadaan kotor dan penuh sampah di sekitar muara Sungai Klang.
Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, lokasi itu dipilih kerana ia menjadi perhatian baginda yang menzahirkan kebimbangan terhadap pencemaran teruk di kawasan berkenaan.