PENYERANG sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe kini dirawat di hospital akibat jangkitan gastroenteritis selepas terlepas perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala Dunia Kelab FIFA menentang Al-Hilal.
Kapten pasukan Perancis berusia 26 tahun itu dilaporkan tidak hadir sesi latihan pada Rabu berikutan demam, sebelum diketepikan daripada skuad utama yang mencatat keputusan seri 1-1 ke atas wakil Arab Saudi berkenaan di Stadium Hard Rock pada Khamis.