Maybank kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan tempoh bertenang selama 12 jam, bagi setiap peningkatan had pemindahan wang melalui laman Maybank2U, berkuat-kuasa 31 Julai 2024. Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan atas talian, serta mencegah penipuan yang akan cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
Ciri pemindahan had pemindahan wang ini boleh diakses pada Maybank2U melalui bahagian Settings > Pay & Transfer > Transfer Limit.