HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Bukit Beruntung, di sini, pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.48 petang.