ALOR SETAR – Dua syarikat pengendali e-hailing, Aist Malaysia Sdn Bhd (Maxim) dan ID Applications Sdn Bhd (InDrive) diberikan amaran tegas supaya mematuhi syarat perkhidmatan termasuk aspek keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) untuk beroperasi di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kedua-dua syarikat itu kini berada di bawah tempoh pemantauan selama tiga bulan dan sekiranya keperluan berkenaan gagal dipatuhi, lesen mereka boleh digantung atau dibatalkan.