SHAH ALAM – Masyarakat disaran agar lebih cakna dan bersama-sama menyokong usaha pihak berkuasa dalam membanteras rasuah.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, tanpa kesedaran kolektif dan tindakan tegas, amalan rasuah akan terus menjadi ancaman kepada kemajuan negara.