Ketuat adalah pertumbuhan kulit yang biasanya tidak berbahaya dan disebabkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV). Ketuat ini boleh muncul di mana-mana bahagian badan tetapi paling sering dijumpai pada tangan, kaki, dan wajah.
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.