SEBERANG JAYA – Program wacana ilmu yang menampilkan penceramah bebas, Dr Wan Ji Wan Hussin di Masjid Sembilang di sini bukan dianjurkan oleh pengurusan masjid berkenaan.
Pengurusan Masjid Sembilang dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya hanya menyediakan tempat bagi program tersebut atas permintaan daripada Biro Penerangan dan Penerangan Agama (BIPPA) Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh.