SHAH ALAM – Inisiatif pengurusan Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman memberikan bantuan kepada mangsa terjejas akibat tragedi kebakaran saluran gas di Putra Heights, mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada keharmonian masyarakat Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, bantuan yang diberikan oleh kedua-dua pihak rumah ibadat itu bukan sahaja mencerminkan kebersamaan, malah menonjolkan nilai kemanusiaan yang menjadi teras kepada masyarakat negara ini.