GEORGE TOWN – Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, maklumat itu diperoleh hasil temu bual dengan keluarga mangsa namun setakat ini pihaknya belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa sendiri.