Ikan Siakap Stim Limau memang sangat sedap. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna. Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Namun bagi yang tak ada periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak. Sesuai sangat bagi anda yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zafirah Zawawi ni. Mudah sangat dan sebijik sama macam yang kita makan di restoran Thailand. Ratah macam tu je pun dah sedap.