Sekali sekala menjamu selera dengan hidangan ikan bakar tentunya membangkit selera. Aroma ikan yang dibakar tidak dinafikan memang semerbak baunya, buat seisi keluarga tidak sabar untuk menikmati ketika panas.
Pun begitu, ada yang merasakan membakar ikan begitu rumit kerjanya dan sekali gus membantutkan keinginan untuk sediakan ikan bakar sendiri di rumah. Selain bimbang jika terlebih masa membakar boleh menyebabkan ikan yang dimasak terasa hangus. Apatah lagi jika tiada alatan memanggang, terus terpadam hasrat untuk merasai keenakan rasa ikan bakar di rumah.