KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan terus mempergiatkan usaha memartabatkan permainan wau kapal di negeri ini sebagai lambang identiti Selangor.
Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk penganjuran pertandingan bagi mengetengahkan permainan tradisional itu.