SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengesahkan menerima kelulusan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar 100 pelajar bidang perubatan ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keutamaan bakal diberi kepada pelajar tahfiz Ulul-Albab dan pengambilan kumpulan pertama dibuat pada tahun ini sepertimana dipersetujui dalam rundingan awal bersama presiden universiti ternama itu.