ALOR SETAR – Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadikan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, sebagai anak angkat untuk memastikan masa depannya terjamin.
Putri Qisya merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Allahyarhamah Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang terkorban bersama empat anak mereka dalam tragedi di Sungai Korok, Jitra, pada Sabtu.