SIBU – Mangsa kedua yang hilang di sungai dalam insiden kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada Isnin ditemukan lemas petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, Nasir Razali berkata, mayat Dawellies Luing, 46, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 2 petang.