KOTA BHARU – Mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas dihempap kayu balak yang terjatuh daripada lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di Gua Musang pada 9 Julai lalu kini separuh sedar selepas terpaksa ditidurkan semula pada Jumaat.
Kakaknya, Roslinda Jusoh, 40, berkata, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini sudah memberi tindak balas apabila setiap kali namanya dipanggil.