SEREMBAN – Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan seramai 1,617 mangsa berbanding 2,120 mangsa sebelum ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 4 petang Ahad, terdapat lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.