Gandingan pelakon muda yang hebat dan berbakat besar, Meerqeen dan Erysha Emyra menerusi slot MegaDrama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ membuatkan penonton drama Melayu tegar terpesona. ‘Sweet couple’ ini digandingkan menerusi drama bergenre romantik komedi memaparkan nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka.
Meerqeen dan Erysha yang sebelum ini pernah menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Disiarkan bermula 27 Mei, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.