SHAH ALAM – Pemberian dividen lebih tinggi mampu menambahkan simpanan lebih 15.8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali gus memberi manfaat apabila mereka bersara kelak.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ia memandangkan ramai pencarum berdepan simpanan yang tidak mencukupi untuk hari tua mereka.