KUALA LUMPUR – Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekita,r Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, Malaysia bertekad untuk menambah baik tindakan penyesuaian dan penyelarasan dengan Rangka Kerja untuk Ketahanan Iklim Global Emiriah Arab Bersatu, seperti yang dibincangkan semasa Persidangan Perubahan Iklim ke-28 (COP28) di Dubai tahun lepas.