KUALA LUMPUR – Malaysia menyokong penuh segala usaha untuk memastikan kekejaman terhadap penduduk Palestin di Gaza ditamatkan termasuk melalui penyelesaian dua negara.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, sokongan tersebut turut melibatkan persetujuan terhadap resolusi gencatan senjata yang dibawa Amerika Syarikat (AS) pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu.