SHAH ALAM – Sambutan Hari Burung Enggang Kebangsaan hari ini membuktikan komitmen Malaysia untuk memelihara warisan burung yang unik dan memperkukuh usaha ke arah pemuliharaan alam sekitar.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad (NRES) berkata, sambutan itu selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) yang bertujuan menjadikan negara ini ‘hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi menjelang 2050’.