VIENTIANE – Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan berjumlah AS$14.7 bilion (AS$1=RM4.29) oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) — Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dua hala dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di sini pada Khamis.