KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan penggunaan produk nikotin alternatif tertinggi berbanding Filipina, Vietnam, Singapura dan Indonesia berdasarkan hasil kajian serantau berkaitan perubahan dalam corak penggunaan nikotin di Asia Tenggara.
Hasil tinjauan ke atas lebih 18,000 responden itu, terdapat sejumlah 12.2 peratus pengguna rokok alternatif di Malaysia, diikuti Filipina (9.5 peratus), Vietnam (6.6 peratus), Singapura (5.4 peratus) dan Indonesia (3.0 peratus).