KUALA PILAH – Malaysia merupakan negara pertama membolehkan syarikat telekomunikasi bekerjasama melaksanakan 6-Way Multi Operator Core Network (6-Way MOCN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pelaksanaan 6-Way MOCN itu bertujuan bagi meningkatkan kesalinghubungan terutamanya melibatkan kawasan kurang liputan Internet.