PUTRAJAYA – Malaysia melancarkan secara rasmi logo dan tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 sebagai persediaan negara untuk memimpin kumpulan serantau yang terdiri daripada 10 anggota itu pada tahun depan.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, bunga raya atau nama saintifiknya, hibiscus rosa-sinensis yang mudah ditemui di negara ASEAN diangkat sebagai logo.