SUWON – Malaysia terus mengorak langkah dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keberkesanan penyelenggaraan jalan raya serta infrastruktur.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Malaysia bukan hanya menjadi pemerhati teknologi tersebut, sebaliknya kini menjadi antara negara yang menerapkan AI dalam pengurusan jalan raya.