SHAH ALAM – Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk tahun 2025 hingga awal tahun 2026 yang berpotensi menjejaskan corak taburan hujan negara, namun keadaan diramal kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.
Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, tinjauan cuaca jangka panjang bagi September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan majoriti model iklim antarabangsa meramalkan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) ketika ini berada pada tahap neutral dengan kebarangkalian 56 peratus berterusan sehingga Oktober depan.