SHAH ALAM – Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al-Quran peringkat kebangsaan berkata, pengiktirafan itu antara lain merupakan hasil usaha Yayasan Restu dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang menyumbang lebih 100,000 naskhah al-Quran ke luar negara termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, China serta Afrika Selatan.