KUALA LUMPUR – Malaysia dan China dijangka memulakan pertukaran 10 saintis dan penyelidik selama enam bulan pada suku ketiga tahun hadapan bagi mewujudkan perkongsian kepakaran dalam sains, teknologi dan inovasi antara kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Hazami Habib berkata, inisiatif di bawah Program Pertukaran Rakyat ke Rakyat Malaysia-China dalam Sains dan Teknologi 2025 itu bakal menyaksikan 10 saintis dari China menjalani latihan dalam bidang keutamaan bersama antara kedua negara manakala 10 saintis negara akan dihantar ke China bagi tujuan sama.