MALAYSIA mempamerkan ekonomi yang berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 3.6 peratus pada 2023.
Pertumbuhan ini dicapai dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar termasuk ketegangan geopolitik yang mempengaruhi pasaran global, kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan harga komoditi.