< Kembali

Malaysia Airlines Memberikan WiFi Percuma Kepada Semua Dalam Pesawat Boeing 737 Max 8

Teknologi
AMANZ
243 Hari

Malaysia Airlines mengumumkan akan memberikan perkhidmatan WiFi tanpa had percuma kepada semua penumpang yang menggunakan pesawat Boeing 737 Max 8 mereka menjelang penghujung 2024. Malaysia Airlines telahpun memberikan perkhidmatan WiFi percuma MHConnect untuk semua penumpang dalam pesawat Airbus A350-900, Airbus A330-300 dan Airbus A330-200 sejak November 2023.

Pada ketika ini Malaysia Airlines mempunyai empat pesawat Boeing 737 Max 8 dengan 21 lagi akan memulakan operasi menjelang 2026. Kesemua pesawat ini tidak lagi dilengkapi sistem hiburan dalam pesawat (IFE) bagi mengurangkan kos dan melihat trend penumpang yang kini lebih selesa menonton kandungan menerusi peranti pintar peribadi.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI