Fasa kedewasaan banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Pada usia lewat 20-an, Daiyan Trisha antara selebriti cantik yang tidak terkecuali⦠diuji putus cinta. Lebih mengesankan, pandemik COVID-19 memburukkan keadaan seolah mencurahkan minyak ke dalam api.
Berusia 29 tahun, gadis asal Bangi bergelar pelakon, penyanyi dan model itu melahirkan rasa kecewanya sebaik putus cinta melalui single terbaharu, Penat.