PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Raja-Raja mahu pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), dibuat dengan teliti.
Berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), minggu lepas berkenaan RUU 355.