SHAH ALAM – Majlis Peguam Malaysia menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat insiden serangan ganas ke atas seorang anggota Bar Pulau Pinang pada 22 Oktober lalu.
Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, mangsa diserang oleh dua penyerang yang tidak dikenali menggunakan batang logam hingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan kaki.