KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) sebagai badan kawal selia yang bebas dan melibatkan pelbagai pihak industri perlu dilaksanakan segera tanpa berlengah lagi.
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia dan Gerakan Media Merdeka Malaysia (GERAMM) dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa MMC perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.