PUTRAJAYA – Peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Mara.