KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan dana berjumlah RM19.85 juta kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, dana itu bertujuan membantu pelajar yang 85 peratus daripadanya dalam kalangan asnaf untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pengajian.