KUCHING – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi membatalkan tuntutan Petronas berhubung jaminan bank berjumlah RM7.95 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faridz Gohim Abdullah, yang membuat keputusan itu, berkata tiada keadaan khas dan alasan kukuh bagi membolehkan saman pemula itu digantung sementara menunggu keputusan akhir prosiding terdahulu.